Penyakit kulit gatal boleh dirawati dengan bahan semulajadi iaitu air masin berdasarkan pengalaman pelaut veteran. Di bawah dikongsikan artikel mengenai ubat untuk penyakit kulit ini
Sumber: berita harian
Oleh: Nuri Angkasa
PAK NURI terpanggil untuk bertanya pelaut veteran di Dungun, Terengganu baru-baru ini mengenai peranan air laut yang dianggap dapat membantu menghilangkan gatal atau kudis pada kulit. Tok Embong, 92, anak kelahiran Dungun adalah seorang nelayan paling disegani oleh nelayan setempat ketika zaman mudanya. Beliau mengakui bahawa peranan air laut yang sangat berguna untuk kulit manusia tetapi kena tahu menggunakannya.
PAK NURI terpanggil untuk bertanya pelaut veteran di Dungun, Terengganu baru-baru ini mengenai peranan air laut yang dianggap dapat membantu menghilangkan gatal atau kudis pada kulit. Tok Embong, 92, anak kelahiran Dungun adalah seorang nelayan paling disegani oleh nelayan setempat ketika zaman mudanya. Beliau mengakui bahawa peranan air laut yang sangat berguna untuk kulit manusia tetapi kena tahu menggunakannya.
Orang lama yang masih sihat itu berkata, air masin di tengah laut saja yang mengandungi khasiat garam yang baik lagi berkesan untuk digunakan. Penyakit kulit seperti gatal, kudis atau lain-lain penyakit kulit boleh menggunakan air masin pilihan di tengah laut yang bersih. Air itu dibasuh pada kulit atau bahagian kudis yang sudah dibersihkan terlebih dulu. Air masin yang sudah disimbah kepada kulit hendaklah dibiarkan hingga kering supaya garamnya meresapkan pada kulit atau kudis.
Kulit anda akan terasa kering dan bergaram. Dan, garam inilah yang memainkan peranan sebagai penawar atau ubat pada penyakit berkenaan. Sebaik kering dan bergaram di kulit, anda hendaklah membiarkannya untuk beberapa waktu supaya meresap dalam kulit.
Jangan gunakan air laut di kuala sungai atau pinggir kerana air itu kotor. Malah kandungan garamnya agak kecil untuk dijadikan ubat. Pun begitu, Tok Embong tidak melarang jika kita mandi dengan air laut tetapi selepas itu segera membilasnya dengan air tawar. Ini juga ada baiknya dari segi ketahanan kulit dan kesegaran badan ketika berada di laut.
Jangan sekali-kali air masin laut yang sudah memutih menjadi garam digunakan untuk dimasuk dalam gulai, kerana masin garam ini bukan untuk digunakan dalam makanan.
Bagi Pak Nuri, amalan baik yang diguna pakai oleh Tok Embong berhubung dengan air masih di tengah laut boleh dijadikan petua yang perlu diamalkan sebagai satu ikhtiar mengubati penyakit kulit.
Apa pun ubat dari hospital dan klinik masih perlu digunakan. Cuma air masin di laut sebagai satu ikhtiar sampingan ketika kita berada di laut.
Penyakit asma ( wikipedia ) adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh masalah radang saluran pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu. Umumnya seseorang yang menderita sesak nafas atau penyakit asma bersifat sementara dan dapat sembuh seperti sedia kala dengan atau tanpa bantuan ubat asma.
Selama ini tanda tanda penyakit asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari. Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal. Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.
Punca penyakit asma atau dikenali juga sebagai penyakit lelah ini biasanya dikaitkan dengan faktor keturunan. Penyakit asthma merupakan sejenis penyakit genetik yang mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya. Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.
Yang penting jika sudah ada tanda tanda penyakit asma cuba dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital. Jika sah mendapat penyakit asthma segeralah mengambil ubat asma atau menggunakan herba yang sesuai
Penyakit ekzema kebiasaannya akan ‘menyerang’ kanak-kanak. Hampir setiap satu dalam lima kanak- kanak menghadapi penyakit ekzema iaitu lebih kurang 15 sehingga 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.
Penyakit Ekzema biasanya menyebabkan kegatalan serta penghidapnya terpaksa menanggung kesakitan selain mengalami tekanan perasaan. Untuk makluman, penyakit ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang melibatkan gangguan kepada lapisan pelindung kulit dan menyebabkan reaksi hipersensitif kulit yang menyebabkan radang, gatal-gatal yang melampau (intense itch) dan kulit bersisik.
Biasanya jika menjalankan rawatan ekzema di klinik, pesakit akan dibekalkan dengan pil alahan, krim untuk mengurangkan gatal kulit, serta krim alahan. Sebenarnya cara ini bukanlah cara yang terbaik merawat Eczema untuk jangkamasa panjang, tetapi rawatan ekzema secara natural merupakan kaedah yang lebih berkesan.
Apakah rawatan ekzema secara natural ? Ini bermaksud cara merawat ekzema yang menggunakan bahan semulajadi seperti herba. Terdapat banyak cara merawat ekzema semulajadi dan diantara yang berkesan ialah menggunakan minyak kelapa dara.
Bukan setakat sebagai cara merawat ekzema tetapi minyak kelapa dara telah terbukti untuk mengubati pelbagai masalah kulit seperti penyakit kulit psoriasis , penyakit kulit gatal dan lain-lain. Dengan kosnya yang ekonomik, tentunya ia adalah pilihan yang terbaik berbanding kaedah moden yang kadang-kadang kos yang agak tinggi.
Testimoni Ekzema
Kita merancang Allah yang menentukan. Ibubapa manakah yang sanggup melihat anak yang di lahirkan dan di besarkan mengalami penyakit yang memeritkan. Usaha dan tenaga dikerah mencari penawar. Beratus pakar dan habis wang simpanan tapi tiada penawar untuk penyakit eczema bagi anak-anaknya. Dan kebetulan,seorang pakar memintanya mencari minyak kelapa dara sebagai alternatif terakhir.
Dari tahun 2004 beliau mencari tapi pada tahun 2006 barulah beliau berjumpa dengan Bioasli setelah di perkenalkan oleh adik iparnya. Kini,En.Azhar boleh tersenyum gembira kerana anak-anaknya telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dan tahap kesihatan keluarganya turut bertambah baik.
Info lanjut minyak kelapa dara untuk ekzema, klik bawah:
PENYAKIT kulit mungkin biasanya dianggap tidak bahaya ataupun mengancam nyawa. Bagaimanapun kehadiran penyakit kulit biasanya tetap meresahkan dan membuat berasa tidak selesa hingga kadang kala akan menjejaskan emosi. Ini biasanya kerap dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ekzema atopik atau dermatitis atopic yang merupakan sejenis penyakit radang kulit yang menyebabkan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.
Penyakit kulit ekzema atopik boleh menjangkiti sesiapa saja, tetapi lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak. Bahkan, mengikut statistik oleh Persatuan Dematologi Malaysia (PDM), lebih 15 hingga 20 peratus kanak-kanak sekolah mengalami ekzema atopik berbanding dua hingga 10 orang dewasa.Kajian terbaru juga menunjukkan kadar jangkitan eczema atopik telah bertambah sejak tiga dekad terakhir ini.
Penjagaan kulit untuk kanak-kanak yang mengalami penyakit ekzema biasanya satu proses berterusan sehinggalah mereka dewasa. Selain daripada kesan kesakitan, penyakit eczema juga boleh memberi tekanan emosi serta kesan kewangan bukan sahaja kepada pesakit tetapi juga ahli keluarga, khususnya penjaga.
Urtikaria juga dikenali sebagai kulit gatal dan merah, gatal dan ruam bengkak yang boleh berlaku pada siapa sahaja dan pada mana mana peringkat umur. Kebiasaannya muncul di dalam kelompok yang tiba-tiba dalam pelbagai bentuk serta saiz dan meninggalkan dengan cepat dalam masa hanya beberapa beberapa minit atau beberapa jam.
Punca kulit Gatal-Gatal
Kulit gatal-gatal boleh disebabkan oleh sebarang ubat atau makanan. Makanan paling biasa yang sering menyebabkan masalah kulit gatal termasuklah kacang tanah, badam dan walnut. Selain dari itu, kerang-kerangan seperti ketam, tiram dan udang boleh juga menyebabkan kulit gatal-gatal pada sesetengah orang. Beberapa ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kulit gatal-gataladalah aspirin, sulfa, penisilin, dan phenobarbital.
Ada sesetengah jenis kulit gatal-gatal boleh dicetuskan tanpa alahan mana-mana. Ia secara umum muncul bila mana sesuatu aktiviti itu meningkatkan suhu badan seperti senaman, mandian panas, tekanan emosi atau demam. Selepas kenaikan suhu badan, apabila badan kita akan sejuk, jenis ini gatal-gatal berlaku.
Dengan cara yang sama, selepas kulit terdedah kepada angin sejuk atau air, gatal-gatal akibat sejuk boleh berlaku. Kebanyakannya muncul di mulut atau bibir. Begitu juga dengan gatal-gatal solar matahari yang berlaku apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau lampu matahari.
Apabila masalah kulit gatal-gatal mempengaruhi seseorang setiap hari atau sering dan terus lebih lama daripada satu bulan, ia dipanggil “urtikaria kronik”. Walaupun ia tidak mencetuskan oleh alergi, namun doktor pakar allergists boleh menilai masalah dan menawarkan rawatan penyakit kulit gatal yang terbaik.
Ia adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan dan ubat-ubatan yang mencetuskan gatal-gatal. Apabila gatal-gatal kerap berulang, allergist menetapkan antihistamin untuk merawat gejala-gejala. Juga boleh mencuba herba untuk merawat kulit gatal .
KUALA LUMPUR – Jerebu muncul kembali dan menyelubungi banyak kawasan di seluruh negara dengan membawa udara tercemar yang mempunyai impak kesihatan ke atas rakyat Malaysia.
Bila berada di luar rumah, udara yang dihirup sebenarnya mengandungi partikel tercemar yang boleh membahayakan kesihatan terutama bagi mereka yang menghidap asma.
Menurut pakar perubatan, asma adalah satu penyakit saluran pernafasan kronik yang mengakibatkan penghidapnya semput selain mengalami rasa ‘ketat’ di dada, batuk dan lelah.
Bagi penghidap asma, paru-paru mereka akan menebal dan bengkak selain mengalami keradangan. Saluran pernafasan mereka menjadi sensitif kepada perubahan cuaca dan ini boleh menyebabkan berlakunya ‘serangan’ asma dengan mudah.
RAWATAN
“Terdapat dua jenis rawatan. Sama ada dengan cara melegakan dengan cepat atau rawatan jangka panjang dengan penggunaan ubat pencegahan.
“Pengembang brokus (bronchodilater) adalah ubat yang boleh mengembangkan otot di saluran pernafasan bagi menambahkan kemasukan udara ke dalam paru-paru,” jelas Dr Norzila Mohamed Zainudin, Pakar Kanak-Kanak di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, asma adalah satu penyakit saluran pernafasan yang biasa dan ia penting bagi mendidik pesakit asma sejak mereka kecil lagi.
Bagi tujuan ini, Majlis Asma Malaysia (ACM) bersama GlaxcoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) telah mengeluarkan sebuah komik mengenai asma.
Ia bertujuan untuk mendidik mengenai asma selari dengan seruan Inisiatif Global Asma (GINA) bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu di seluruh dunia.
Vijaya Surendran, Pengurus Produk Kumpulan GSK menyatakan bahawa komik itu bertindak sebagai alat untuk menyalurkan maklumat dan pendidikan bagi pesakit asma yang masih muda.
Pada masa yang sama, ia bagi menyemai budaya membaca di kalangan golongan muda di negara ini. Komik itu terdapat dalam versi Bahasa Inggeris dan Melayu.
UBAT
Menurut laporan Badan Kesihatan Dunia (WHO) terdapat 330 juta pesakit asma di seluruh dunia.
Asma ialah penyakit ‘asimptomatik’ yang bermakna ia boleh dirawat tetapi tidak akan hilang 100 peratus. Terapi jangka panjang yang disyorkan adalah dalam bentuk steroid melalui penggunaan ‘inhaler’ (alat penyedut udara).
“Ubat ini diambil sekurang-kurangnya enam bulan dan bergantung kepada serangan asma dan diagnosis doktor. Ubat ada di semua hospital kerajaan secara percuma,” kata Dr Norzila.
Ubat bagi asma adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang begitu ketara tetapi penggunaannya tidak bererti pesakit bebas daripada serangan asma.
Seorang pesakit kanak-kanak masih boleh mendapat serangan asma semasa jangkitan virus serta situasi jerebu.
Tetapi jika asma dikawal secara konsisten, serangan yang datang adalah tidak teruk sangat. Simptom asma adalah berbeza dari masa ke semasa tetapi biasanya ia akan datang dengan teruk pada waktu malam dan awal pagi.
“Kesan serangan asma juga berbeza di mana 69 peratus daripada kanak-kanak yang bersekolah tidak dapat hadir ke sekolah selama satu atau dua hari setiap tahun disebabkan serangan asma,” katanya.
MAKANAN
Ramai pesakit asma seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada mengambil makanan yang dikatakan boleh mencetus serangan asma.
Adakah benar buah-buahan seperti tembikai boleh mencetuskan serangan asma?
“Tiada bukti tentangnya. Ada yang mengalami gatal tekak setelah makan rambutan atau oren. Ais juga boleh menyebabkan batuk,” jelas Dr Norzila sambil menambah bahawa terdapat bahan kimia dalam makanan yang diproses yang boleh mencetuskan serangan asma.
“Bagaimanapun saya percaya faktor cuaca serta partikel udara tercemar selain daripada asap rokok boleh menyebabkan berlakunya serangan asma,” kata beliau.
STATISTIK
Statistik tahun 2006 menunjukkan bahawa tujuh hingga lapan peratus daripada kanak-kanak di Malaysia menghidap asma di mana satu peratus adalah menghidap asma yang serius.
Bila ditanya tentang perkembangan enam tahun selepas kajian terhadap prevalens penyakit ini di Malaysia, Dr Norliza menjelaskan bahawa jumlah pesakit kanak-kanak adalah agak stabil.
“Dua pertiga daripada pesakit kanak-kanak ini akan pulih daripada masalah ini jika rawatan diberikan secara berterusan,” kata beliau. – Bernama
Resdung (sinusitis) adalah merupakan masalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Apakah punca resdung ?
Alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila kita mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Ini seterusnya akan menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.
Kalau udara tidak dapat keluar, ia tentunya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Mereka yang pernah mengalami situasi ini pastinya tahu tahap kesakitannya.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Apa yang lebih parah lagi, penyakit resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, boleh menyebabkan BUTA dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Walaubagaimanapun, resdung tidak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Petua mencegah resdung ;
1. Elakkan dari memelihara binatang yang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Untuk hasil yang lebih baik, cuci sarung bantal, cadar dan selimut tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
3. Bersihkan karpet/permaidani. Jika perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu sahaja.
5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Itu sahaja perkongsian yang temui di internet. Yang penting jika anda telah menghidapi penyakit resdung , bersegeralah mendapatkan rawatan resdung yang sesuai. Jangan tunggu ia menjadi parah.
Image may be NSFW. Clik here to view.Rawatan Resdung Minyak kelapa dara –> klik sini
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Terima kasih An Nabaat Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, Selangor.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Minyak kelapa dara mampu menyelesaikan masalah penyakit kulit psoriasis (dengan izin Allah)
KEHIDUPAN ceria seorang pelajar tingkatan tiga ini bertukar sengsara apabila dia secara tiba-tiba diserang penyakit kulit misteri dinamakan psoriasis . Akibatnya, Hazlinda mengalami simptom kulit mengelupas, kemerahan dan gatal, sekali gus menjejaskan rupa parasnya.
Akibatnya, dia hanya mampu duduk di rumah kerana kulitnya akan berasa sakit apabila berpeluh dan memakai baju. Itulah antara pengalaman yang dialami Hazlinda Ilias, 42 kira-kira 28 tahun lalu.
Penyakit yang dialami Hazlinda masih berlarutan sehinggalah dia melangsungkan perkahwinan.
“Saya mencuba pelbagai rawatan termasuk cara Islam dan tradisional. Saya juga mencuba suplemen farmasi. Ada yang berkesan tetapi tak sampai sebulan, penyakit ini datang semula. Sehinggalah saya mencuba sejenis ubat herba tradisional yang mungkin serasi dengan saya. Penyakit kulit yang saya alami tidak sembuh sepenuhnya tetapi ia semakin berkurang sehingga 60 peratus,” ujarnya.
Menurut Hazlinda, disebabkan perasaan malu dan kurang pengetahuan tentang psoriasis, dia tidak mahu berjumpa doktor ketika mula-mula mendapat penyakit ini.
“Saya sangat stres. Masa itu saya baru berada di tingkatan tiga. Akibatnya, pelajaran dan rutin harian saya terganggu. Penyakit kulit ini menyebabkan rasa sakit, gatal dan malu.
“Akhirnya atas dorongan keluarga, saya berjumpa doktor dan diberi ubat,” katanya.
Tahun lepas, atas izin Allah, dia dipertemukan dengan usahawan herba , Dr. Nurmawati Syakroni dan sejak itu mencuba herba minyak kelapa dara , alahan dan antivirus untuk merawat penyakit tersebut.
“Alhamdulillah ia sesuai dengan kulit saya,” akuinya.
Tambah Hazlinda, walaupun kesan masih belum kelihatan tetapi ia membantu mengurangkan rasa sakit dan gatal terutama apabila cuaca panas dan melekit.
“Jika anda tanya, apa yang terjadi pada kulit saya 27 tahun lalu, susah saya nak gambarkan. Kulit menjadi gatal, bengkak dan alergi. Selepas berkahwin, suamilah yang banyak membantu dengan menyapu ubat di bahagian belakang. Seperti yang anda lihat sekarang, selepas mencuba ubat herba ini, yang tinggal hanyalah kesan parut. Walaupun saya belum pulih sepenuhnya, saya bersyukur kerana sekarang saya sudah tidak malu berjumpa orang ramai,” ujarnya yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
Ibu kepada empat anak ini mengakui, sebagai pesakit psoriasis banyak cabarannya.
Katanya, kulit akan menjadi kering apabila berada di dalam bilik berpendingin hawa dan tiada keyakinan diri apabila berjumpa dengan orang ramai.
Nasihatnya kepada pesakit-pesakit lain supaya bersabar dan tidak berputus asa.
“Kita perlu percaya setiap penyakit ada ubatnya. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang memberi kekuatan untuk terus tabah,” katanya yang kini hidup gembira.
Anggaran tiga peratus rakyat Malaysia alami kegatalan, trauma psikologi akibat penyakit kulit kronik
AMNI Syakila Ahmad, 17, berdepan situasi menakutkan apabila mengalami masalah kulit berair dan kemerah-merahan serta rasa gatal yang melampau. Selain itu, kulit remaja ini bagai bersisik terutama apabila suhu meningkat.
Cuaca panas juga memberi kesan hingga kulit Amni Syakila berparut selain mengalami masalah ketidakselesaan fizikal.
Malah, penyakitnya itu mengundang keresahan, ketara, berulang dan menyakitkan hingga remaja ini mengalami trauma psikologi. Amni Syakila malu berhadapan khalayak ramai. Fungsi asas dirinya seperti berjalan atau tidur juga terjejas akibat masalah yang dihadapinya itu.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Bagi segelintir individu, masalah kulit itu mungkin dianggap biasa atau bermusim. Namun, sebenarnya ia adalah psoriasis. Ia adalah sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.
Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur.
Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira tiga peratus rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis – penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang.
Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir satu per empat daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial.
Dr Steven berkata, berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77 peratus daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian.
“Pesakit perlu sedar Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.
“Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).
“Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.
“Pengalaman merawat pesakit yang menderita psoriasis sederhana hingga serius selama beberapa tahun memberi perspektif bahawa penyakit ini bukan saja menjejaskan hubungan sosial pesakit, malah menimbulkan perspektif negatif terhadap keadaan diri mereka. Justeru, rawat penyakit ini secara berkala,” katanya.
Dr Steven berkata, psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).
Ada juga psoriasis tahap kronik sehingga memerlukan rawatan di hospital antaranya erythrodermic psoriasis; Lampin psoriasis; Pustular psoriasis (teruk hingga menimbulkan kesakitan); Guttate psoriasis dan Plaque psoriasis (bertompok dan timbul).
Sehubungan itu, masyarakat dinasihat mendapatkan pemeriksaan perubatan menyeluruh dari pakar kulit atau mencuba kaedah rawatan inovatif biologik dan berkualiti tinggi. Salah satu pilihan yang ada ialah inovasi terbaru syarikat farmaseutikal, Janssen. Ubat baru ini dikenali sebagai Ustekinumab (atau dulu dikenali sebagai Stelara) iaitu sejenis ubat preskripsi untuk merawat plak psoriasis sederhana hingga serius.
Ustekinumab atau Stelara dikatakan menyediakan pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk kulit yang lebih licin dan kelegaan daripada simptom seperti ketebalan plak, kulit bersisik dan kemerahan. Stelara adalah rawatan biologi bagi psoriasis yang boleh diterima dalam dos suku tahunan (setiap 12 minggu) iaitu sebanyak empat suntikan setahun selepas dua dos permulaan.
Simptom psoriasis
Keguguran sisik pada kulit
Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
Tip rawatan dan ubat melegakan;
Pelembap
Penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa.
Gunakan pengganti sabun seperti krim akueus atau salap pelembap
Gunakan sarung tangan
Potong pendek kuku jari tangan dan kaki bagi mengelakkan menggaru dan kulit tidak rosak
Ubatan dan krim. Saranan doktor antaranya;
Krim berasaskan coal tar (arang), kortison atau jenis pelembap.
Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA
Kunjungi klinik berdekatan dan berjumpa doktor bagi menilai keadaan anda. Mulakan rawatan bersesuaian dan jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada tahap kronik penyakit anda.
Perlu diingati! Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak boleh sembuh namun, dapat dikawal menerusi rawatan jangka panjang.
Sumber : Bharian
Rawatan penyakit KULIT 2013 untuk 1Malaysia, klik banner di bawah:
RAMAI yang melihat, jerawat adalah musuh utama kulit sehingga boleh menjejaskan penampilan. Namun, jerawat bukan satu-satunya masalah yang patut diberi perhatian.
Kulit sensitif juga satu ancaman, satu masalah yang boleh menjejaskan maruah dan menyebabkan tuan punya badan berasa rendah diri. Kulit kemerah-merahan, pedih, perit, bertompok gatal, menggelupas dan bersisik, satu keadaan yang pastinya tidak mahu dihadapi sesiapa, terutama wanita.
Kekurangan faktor kelembapan semula jadi, kerosakan daya rintangan kulit (kulit tidak dapat mengekalkan kelembapan), pendingin udara dan cuaca lampau (panas, kering dan berangin) menyebabkan kulit terasa tegang dan kering. Justeru, penghidratan adalah penting untuk melegakan kulit kering dan sensitif.
Image may be NSFW. Clik here to view.
rawat kulit sensitif
Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, Dr Koh Chuan Keng, berkata dermatitis atopik (DA) atau ekzema adalah masalah lazim yang dihidapi satu dalam lima masyarakat Malaysia. Namun, yang membimbangkan, masalah itu semakin meningkat pada masa kini dan dijangka lebih ramai lagi akan berdepan dengan masalah ekzema.
Dr Chuan Keng berkata, persidangan mengenai dermatologi di luar negara dua tahun lalu mendedahkan, 50 peratus penduduk di dunia berdepan dengan masalah ekzema dan tidak mustahil angka itu kini boleh mencecah sehingga 70 peratus.
“Di Malaysia, ekzema adalah masalah kulit yang paling biasa berlaku, selain masalah jeragat. Oleh itu, amat penting memahami dan mengenal pasti kulit sensitif untuk memudahkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, DA atau ekzema adalah ruam kulit yang timbul pada individu tertentu dengan kulit sensitif dan mudah kerengsaan.
Umumnya ekzema terjadi pada bayi serta anak kecil dan ia hilang sebelum dewasa walaupun masalah ini boleh berlaku pada semua peringkat usia.
“Sebanyak 85 peratus pengidap ekzema adalah mereka yang berusia sebelum lima tahun dan ia boleh menghilang pada bila-bila masa atau berterusan sehingga dewasa. Fakta menunjukkan, lebih 50 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema sebelum usia dua tahun akan bebas daripada masalah itu apabila mereka membesar. Kebanyakan masalah ekzema berkaitan alahan atau penyakit atopik lain, termasuk asma dan alahan makanan,” katanya.
Tambahnya, punca pastinya tidak diketahui tetapi ada kaitannya dengan faktor keturunan dan penyakit itu dianggap cacat kulit warisan, yang cenderung dialami dalam suatu keluarga.
Namun, ekzema tidak menular dan tiada kaitan dengan kesihatan seseorang, tetapi alahan tertentu boleh memburukkan lagi keadaan.
“Diet, tekanan dan persekitaran berperanan utama terhadap masalah ekzema. Bagi diet, sesetengah individu alah dengan makanan tertentu dan biasanya seperti susu lembu, telur ayam, kekacang, gandum, soya dan makanan bercengkerang. Begitu juga dengan persekitaran, misalnya yang berhawa dingin boleh meningkatkan masalah kekeringan kulit sehingga tiga hingga lima kali ganda,” katanya.
Justeru, seperti badan, kulit juga memerlukan air, lebih-lebih lagi, kulit kering yang sentiasa memerlukan kelembapan.
Menyapukan krim ada rumusan pelembap yang baik boleh digunakan dengan berkesan untuk melindungi kulit kerana ia membantu mengubah suai ciri fizikal dan kimia lapisan stratum untuk mengekalkan air. Pelembap ini juga menyediakan rintangan eksogenous (luaran) untuk mencegah kehilangan air merentasi epidermis yang dikenali sebagai trans epidermal water loss (Tewl).
“Menggunakan pelembap boleh mengekalkan kelembapan atau mengurangkan masalah kulit kering. Tetapi ingat, tidak semua pelembap sesuai untuk kulit sensitif. Malah, sesetengah pelembap boleh menyebabkan masalah lebih teruk. Jika ada masalah seperti gatal atau didapati tidak sesuai, anda perlu serta-merta berhenti menggunakannya,” nasihat Dr Chuan Keng.
Ekzema boleh memberi kesan kerengsaan yang teruk sehingga kulit berdarah kerana kerap digaru, kudis, mengganggu tidur dan keselesaan untuk menjalani rutin seharian.
Dr Chuan Keng berkata, antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ekzema ialah menggunakan krim pelembap yang sesuai. Namun, penghidap ekzema kronik, mereka perlu berjumpa doktor untuk rawatan sewajarnya.
Pengidap ekzema juga dinasihatkan tidak menggunakan sabun yang tidak sesuai kerana penggunaannya mungkin boleh menimbulkan lagi masalah.
Penghidapnya sengsara akibat desakan menggaru, kulit luka
RAMAI menyangkakan persekitaran atau cara hidup yang tidak mengutamakan kebersihan sebagai penyebab terjadinya jangkitan atau kegatalan kulit. Namun, hakikatnya, persekitaran yang terlalu bersih juga boleh menyebabkan jangkitan, kegatalan atau alahan kepada kulit.
Penyakit ekzema , kegatalan atau radang kulit misalnya, lebih banyak ditemui di negara maju, yang kebiasaan rakyatnya mengambil berat mengenai kebersihan. Bilangan penghidap ekzema yang tinggi dicatatkan di negara maju sejak tiga dekad yang lalu.
“Ia barangkali disebabkan persekitaran terlalu bersih di negara maju hingga membuatkan sistem imun badan seseorang itu malas, seterusnya tidak dapat membezakan antara unsur baik ataupun jahat.
“Sistem imun yang malas ini akan bertindak balas dengan setiap bakteria yang ada hingga membuatkan seseorang terlampau sensitif dan mudah mendapat alahan,” kata Perunding Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Leong Kin Fon.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen menentang ekzema di Malaysia,‘United Against Itch’, anjuran LEO Pharma baru-baru ini.
LEO Pharma, sebuah syarikat farmaseutikal berasaskan penyelidikan dari Denmark bekerjasama dengan doktor tempatan dan antarabangsa untuk menentang ekzema, penyakit kulit yang dihidapi dua daripada 10 rakyat Malaysia, namun boleh dirawat. Pengurus (Negara) LEO Pharma, Tan Keng Aun berkata, kerjasama yang dijalinkan ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai ekzema serta memberitahu masyarakat bahawa ada harapan untuk penghidapnya mengawal penyakit ini.
Mengulas lanjut masalah ekzema, Dr Leong berkata, berdasarkan pemantauan penyelidik, ada kaitan antara kebanyakan pesakit ekzema dengan tahap pembangunan negara. Sebagai contoh, di Malaysia, sejumlah 12.6 peratus penghidap ekzema adalah murid sekolah berbanding Indonesia, kira-kira 3.7 peratus. Fenomena ini turut dilihat di bahagian Malaysia Timur yang mana kadar penghidapnya lebih rendah jika dibandingkan dengan Semenanjung.
Dr Leong berkata, antara ciri ekzema adalah kegatalan kulit yang membuatkan pesakit sentiasa ingin menggaru. Kulit penghidap ekzema juga sangat kering kerana tiada lapisan yang menahan cecair daripada dalam kulit.
Malah, ada interaksi dinamik antara genetik dan persekitaran sebagai pencetus penyakit ekzema selain faktor tabiat gatal dan menggaru, cuaca panas, kering, peluh, bakteria, sabun atau pencuci yang mengeringkan kulit, alahan makanan dan hama.
“Seseorang juga boleh menghidap ekzema kerana faktor genetik atau immunologik serta kecenderungan pembiakan mikrob,” katanya.
Kulit pesakit ekzema biasanya sangat gatal, kemerahan dan kadangkala melepuh ketika mengalami serangan. Akibat kerap menggaru, kulit bukan saja semakin rosak, tetapi membolehkan bakteria Staphylococcus aureus (S. aureus) yang 95 peratus ada pada kulit penghidap ekzema atopik (permukaan), berjangkit dan membiak.
Akibatnya, kulit bukan saja lebih berisiko menjadi kering dan rapuh, tetapi ia juga semakin sensitif kepada impak bahan kimia atau elemen lain yang menimbulkan alahan.
“Apabila bakteria memasuki bahagian kulit yang renggang dan rosak kerana digaru, resapan toksin membuatkan kulit terus membengkak dan kegatalan yang teramat. Jangkitan ini memperlahankan lagi penyembuhan penyakit ini. Lama-kelamaan, kulit semakin bersisik tebal dan berkerak,” katanya.
Mereka yang mengalami ekzema sering terbelenggu dalam kitaran gatal dan desakan untuk menggaru bagi suatu tempoh yang lama. Bagi merawat penyakit ini, kitaran ini harus diputuskan.
Dr Leong berkata, ekzema boleh dikawal dengan penggunaan ubat yang dapat membantu memecahkan kitaran gatal-garu, memberikan kelegaan pantas daripada kegatalan, malah menghilangkan kelepuhan kulit dengan lebih baik.
Beliau juga lebih mengutamakan aspek konsultasi bersama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bagi memberi mereka pemahaman yang sewajarnya mengenai penyakit ini.
“Kaedah yang boleh diamalkan bagi mengawal ekzema adalah dengan menyeimbangkan faktor pencetus serangan ekzema.
“Penyakit ini tidak dapat dipulihkan, maka kawalan atau pengurusan yang baik diharap dapat mengurangkan atau memendekkan tempoh serangan, sekali gus menjadikan kanak-kanak yang lebih gembira,” kata beliau.
Perunding Dermatologi di Hospital Hammersmith, United Kingdom, Prof Anthony Chu, berkata ekzema bukan sekadar masalah penghidapnya semata-mata, tetapi turut memberi kesan kepada persekitaran dan kehidupan keluarga itu, termasuk waktu tidur mereka. Ini disebabkan anak kecil yang menderita ekzema kerap menangis dan sukar tidur dan sekali gus turut menjejaskan perkembangan fizikal mereka.
“Apa yang penting, ibu bapa, penjaga dan keluarga kanak-kanak perlu cekal menguruskan anak yang menghidap ekzema. Secara semula jadinya, penyakit ini akan beransur hilang apabila kanak-kanak itu menginjak dewasa.
“Majoriti pesakit menghidapnya sebelum mencecah usia lima tahun dan 50 peratus daripadanya pula pulih apabila mencapai usia 10 tahun. Jarang pesakit terus menghidap ekzema dari kecil hingga dewasa,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan supaya ibu, bapa dan penjaga saling membantu dalam menguruskan anak yang menghidap ekzema dan mencari kaedah paling sesuai bagi mengurangkan ketidakselesaan yang ditanggung anak mereka.
“Dari segi pengambilan ubat pula, ramai ibu bapa yang agak keberatan apabila diberitahu anak mereka perlu diberikan ubat yang mengandungi steroid kerana bimbangkan kesan sampingannya.
“Tanggapan begitu sewajarnya diubah. Sapuan ubat steroid dapat membantu mengawal penyakit ini dengan baik, dengan syarat ia digunakan dengan betul berdasarkan nasihat pakar.
“Selain itu, ibu bapa juga perlu berwaspada dalam memilih ubat. Walaupun ubat yang mungkin menjadi pilihan mereka itu berasaskan herba, tidak bermakna ia selamat diambil,” kata beliau.
Sementara itu, Pengurus (Negara) LEO Pharma, Tan Keng Aun berkata, kerjasama yang dijalinkan ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai ekzema serta memberitahu masyarakat bahawa ada harapan untuk penghidapnya mengawal penyakit ini.
INFO: Rawatan konvensional untuk ekzema
Mandi setiap hari dengan produk mandian yang lembut dan merawat kulit kering
Gunakan pelembap pada kulit
Sapu ubat sapu yang mengandungi steroid atau ubat sapu penghalang calcineurin
Sapu antibiotik
Penggunaan sedatif antihistamin
Bagaimana untuk mengurangkan kitaran gatal-garu?
Pastikan kuku pesakit sentiasa pendek
Gunakan balutan tuala basah untuk anak kecil
Sedatif antihistamin
Sapuan dengan krim emolien
Gunakan tuala sejuk untuk mengelak daripada menggaru
Sokongan psikologi
Info lanjut minyak kelapa dara untuk ekzema, klik bawah:
Kopi Nanduk BOOSTER diformulakan menggunakan gabungan beberapa herba semulajadi yang terbukti berkesan untuk meningkatkan daya keinginan hubungan intim antara suami & isteri.
Kelebihan KOPI NANDUK BOOSTER
Mengandungi herba & vitamin tambahan yang berfungsi untuk membantu melancarkan pengaliran darah serta menguatkan otot.
Mengandungi herba pemangkin yang berfungsi membantu mempercepatkan penyerapan segala khasiat & vitamin ke dalam sistem tubuh badan.
Membantu dan meningkatkan daya keinginan (libido) hubungan intim antara suami & isteri, menambahkan testeron serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mencapai tahap yang optimum (Normal).
Apabila anda minum Kopi Nanduk BOOSTER ini, ia akan membawa anda ke tahap optima mengikut kemampuan tubuh badan anda. Contoh : Power Biasa 70 (Normal) —> Power Optima 90-100 (Normal Optima).Herba hanya memberikan keupayaan optima bersesuaian dengan tubuh badan anda di samping merawat masalah yang berlaku pada bahagian dalaman.
Untuk kesan jangka panjang, badan akan lebih bertenaga serta kuat. Malah sistem imunisasi anda turut meningkat ke tahap optima serta terhindar dari pelbagai penyakit berbahaya.
Di bawah adalah testimoni pengguna kopi nanduk booster bioasli:
Image may be NSFW. Clik here to view.
Kembalilah kepada ubat kuat atau ubat tahan lama yang berasaskan herba yang disahkan tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan.
Masalah lemah tenaga dan mati pucuk banyak dihadapi oleh lelaki – lelaki Asia, terutama bagi mereka yang suka mengamalkan bahan-bahan ransangan seperti viagra dan ubat-ubatan yang di ambil dari negara China dan thailand.
Keadaan ini menyebabkan masalah dalaman akan berlaku akibat pengaruh dadah. Jadi kami mengambil alternatif untuk membantu anda menyelamatkan zakar anda dari terseksa dengan ubat-ubatab terlarang. Kami menggunakan 100% herba yang dijamin berkesan dan yang pastinya tidak akan menjejaskan tahap kemapuan seksual anda sebagai seorang lelaki.
Disini kami cadangkan anda mencuba produk ubat kuat herba yang dikeluarkan oleh bioasli. Sila klik dibawah:
Mohd Sarjuni. Berusia 64 tahun. Berasal dari Kg. Teluk Rhu, Sabak Bernam, Selangor. Beliau mengalami masalah kulit menggelupas hampir setahun.
Masalah ini berlaku selepas beliau habis menebas rumput dikawasan kebun. Ia dimulai dengan gatal-gatal pada kulit. Oleh kerana tidak tahan dengan gatal kulit yang di alami, beliau berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Penyakit ini menyerang di bahagian kaki serta celah tangan. Beliau juga mendapatkan rawatan tradisional, tetapi hasilnya masih sama, tiada perubahan yang ketara.
Akhirnya beliau berjumpa dengan saudara En. Roslee memaklumkan akan penyakit yang dihadapi. En Roslee bergegas menghantar produk Minyak Kelapa Dara dan Delima Collagen (Biorich @ Bioasli).
Beliau menyapukan minyak kelapa dara di kawasan yang berpenyakit serta minum delima collagen. Hasilnya selepas 4 hari, penyakit yang dihadapi semakin pulih dan beliau berazam untuk meneruskan penggunaan produk ini.
________________________________________________
Minyak kelapa dara bukan sekadar untuk masalah kulit menggelupas. Ia juga sesuai untuk pelbagai masalah kulit dan juga untuk mengekalkan kulit yang cantik.
Antara kelebihan minyak kelapa dara untuk kesihatan luaran terutamanya kulit adalah seperti dibawah:
1) Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis, kurap, panau, bersisik, ruam/ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.
2) Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukkan berlebihan dengan meningkatkan metabolisma.
3) Jika disapu (minyak kelapa dara cecair), ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi serta mencegah garis-garis halus.
4) Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
5) Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kepada kulit anda.
6) Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.
Image may be NSFW. Clik here to view.Image may be NSFW. Clik here to view.
Minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang hebat untuk pelbagai masalah luaran termasuk masalah kulit. Antara masalah kulit yang biasa ialah penyakit kulit ekzema .
Eczema adalah sejenis penyakit autoimun yg menunjukkan simtom keradangan kulit spt gatal-gatal, kulit kering, kulit bersisik, kemerahan, ruam, keluar cecair yg bersifat acrid (gatal, panas & menyakitkan).
Gambar di atas adalah salah satu testimoni untuk masalah ekzema. Untuk maklumat lanjut rawatan eczema sila klik banner di bawah:
Penyakit Eczema adalah merupakan keadaan kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak menghidapinya. Ekzema biasanya buat pertama kali berlaku sebelum anak berusia dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema biasanya akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Penyakit ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan ekzema yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya adalah sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Bahagian badan yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Penyakit ekzema menyebabkan kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita tidak mengetahui apa yang menyebabkan penyakit eczema tetapi ekzema biasa berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Keadaan alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema boleh menjejaskan kulit semasa tempoh “meradang” atau “bersemarak”. Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa ekzema meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan penyakit ekzema yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika terdapat iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak yang menghidapi eczema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang bersama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan penyakit ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.
Ekzema amat menyeksakan bayi sebab mereka tak mampu mengelak daripada menggaru, dan ini boleh menyebabkan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.
Apakah rawatan untuk ekzema ?
Rawatan ekzema bergantung kepada tahap penyakit ekzema tersebut. Jika anak anda mempunyai penyakit ekzema yang ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.
Sudah nyata bahawa kulit yang kering akan membuatkan ekzema menjadi lebih teruk, oleh sebab itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak yang menghidapi ekzema perlulah menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.
Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian.
Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap.
Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana rawatan ekzema paling mujarab . Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.
CUACA tidak menentu di Malaysia menyebabkan kulit juga mengalami perubahan. Lihat saja di pasaran, ratusan produk kulit disyorkan bagi memelihara ‘aset’ penting itu.
Mereka yang tinggal di negara empat musim tidak asing dengan pengalaman kulit sangat kering ketika cuaca sejuk yang menyebabkan kulit badan dan tangan menjadi kasar dan merekah.
Biarpun masyarakat di negara tropika punya pengalaman berbeza, kita juga tidak terlepas daripada dibelenggu masalah kulit akibat cuaca melampau, pencemaran alam sekitar, gaya hidup yang sibuk, pemakanan tidak seimbang dan kesan penyaman udara.
Semua faktor ini boleh menjadikan kulit badan dan tangan kita lebih cenderung mengalami kekeringan dan suram, malah kegatalan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ahli dermatologi pediatrik, Dr Leong Kin Fon, berkata gaya hidup masa kini dan keadaan persekitaran menyebabkan kulit mudah menjadi rosak.
“Pendedahan berpanjangan kepada penyaman udara, cahaya matahari, mandi dengan air panas atau membersih menggunakan sabun boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan memburukkan lagi keadaan.
“Mereka yang mengalami kulit kering selalunya mempunyai bahagian kulit kasar dan kemerah-merahan, selain gatal.
“Bahagian kulit yang biasa terbabit termasuk lengan, tangan, bahagian bawah kaki, abdomen dan yang selalu bergeser, misalnya buku lali serta tapak kaki,” katanya ketika memberi ceramah bersama media di bengkel Physiogel Hypoallergenic di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, kulit kering juga boleh menyebabkan beberapa penyakit kulit, seperti ekzema dan atopik ekzema (AD). Atopik ekzema adalah penyakit radang kulit yang berciri ruam gatal dan boleh menyebabkan rasa sakit, lara dan resah.
Ia berpunca daripada abnormaliti atau ketidaksempurnaan pada sistem keimunan tubuh yang membawa pada kerosakan kulit. Ciri utama penyakit itu termasuk kulit kering, gatal dan lama-kelamaan, kesan garu itu menjadi tebal.
Pada bayi, ia mudah berlaku di pipi, kulit kepala dan kaki manakala bagi kanak- kanak dan golongan dewasa, ia terjadi di kawasan berlipat seperti siku dan bawah lutut.
“AD boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu atopik dermatitis alergi, di kenali juga sebagai alergi AD, paling biasa dan dialami lebih 70 peratus pesakit AD. Ia dikaitkan dengan abnormaliti sistem imun, iaitu peningkatan sejenis antibodi, IgE.
“Kategori kedua pula atopik dermatis bukan alergi, berlaku kira-kira 30 peratus kes AD. Ia jarang berlaku kerana tiada peningkatan tahap IgE tetapi mempunyai ciri-ciri klinikal luaran yang hampir sama dengan AD alergi,” katanya.
Sifat AD yang kompleks menyukarkan punca sebenar diketahui. Begitupun, banyak perkara dikaitkan sebagai pencetus ekzema.
Antaranya mandi tanpa sabun, berpeluh, kesejukan, jangkitan bakteria dan kurap. Namun perlu diingat, setiap orang memiliki pencetus yang tidak sama.
Namun semua itu boleh dikategorikan sebagai faktor persekitaran. Kerana faktor genetik juga sebenarnya berkemampuan menyebabkan ekzema.
Sementara itu, Pengarah Unit Perniagaan Stiefel, Jay Soriano, berkata penghadang lipid kulit sentiasa mengalami kerosakan, disebabkan itu ia memerlukan bekalan lipid berterusan bagi mengekalkan kelembapan dan memastikan perlindungan optimum terhadap bakteria serta perengsa luar yang mungkin berbahaya kepada tubuh.
“Sejak memasuki pasaran Malaysia lebih lima tahun lalu, jenama disyorkan pakar dermatologi sudah menjalani siri transformasi seiring strategi akses Stiefel.
“Bagi terus menghargai sokongan orang ramai, kami berbesar hati menurunkan harga baru produk Physiogel kepada lebih berpatutan dan mampu untuk orang ramai,” katanya.
Untuk membantu mengurangkan simptom kurang menyenangkan serta tidak selesa, garis panduan daripada Institut Kesihatan dan Kecemerlangan Klinikal Kebangsaan (Nice) mengesyorkan pelembap sebagai asas rawatan untuk kulit kering dan dermatitis atopik.
Kulit kering
Kurang sebum, lalu muka tidak berkilat — Mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah kusam dan mempunyai liang roma kecil atau langsung tidak kelihatan.
Kulit jenis ini juga sesekali menggelupas dan kadangkala memberi rasa kurang selesa. Perlu prihatin dengan garis halus yang timbul ketika dimamah usia, terutama di tepi mata, garisan senyuman dan dahi.
Tahap kelembapan dan sebum rendah — satu-satunya cara menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Gunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan tinggi.
Simptom
Kulit kering dan bersisik.
Bintik kecil yang terbuka dan luka bila digaru.
Kulit kemerahan dan menggelupas.
Kulit nipis – jika berada pada tahap kronik.
Kekerapan menggaru akan menyebabkan kulit menggelupas dan mengalami jangkitan.
RAUB – Tanda-tanda penyakit kulit yang dilaporkan segelintir penduduk Kampung Baru Bukit Koman bukanlah berpunca daripada sianida, sebaliknya bahan kimia itu memberi kesan negatif seperti pengsan, keracunan akut, masalah pernafasan dan jantung.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, sianida sebenarnya turut terdapat dalam makanan seperti ubi dan sayuran, di samping asap rokok, asap kereta, asap kilang yang boleh dikesan tersebar di udara.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan mengadakan kajian sebelum ini dan mendapati tidak seorang pun penduduk yang tinggal berhampiran kawasan perlombongan emas menghidapi penyakit berpunca daripada sianida.
“Sebelum ini kes pertama sakit kulit pernah dilaporkan seorang penduduk Bukit Koman pada Mac 2009 iaitu selepas perlombongan emas itu beroperasi.
“Kita (Kementerian Kesihatan) terus bertindak selepas menerima laporan itu tetapi hasil analisis mendapati tiada tanda berkaitan sianida,” katanya pada program pemeriksaan kesihatan penduduk Bukit Koman, semalam.
Lokman Hakim berkata, Kementerian Kesihatan membuat kajian berkaitan penyakit berpunca daripada sianida ini sebanyak dua kali iaitu pada 1 Jun 2009 bersama penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu.
Katanya, hasil kajian kali pertama terhadap 1,237 penduduk di situ, sebanyak 77 peratus tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan dan selebihnya menghidap masalah kulit serta sakit mata.
“Tidak ada pula seorang pun penduduk yang menghidapi keracunan akut dan pengsan kerana ini adalah tanda-tanda pencemaran sianida.
“Ketika ini juga kementerian membuat program pemeriksaan kesihatan sebanyak dua kali di sini iaitu pada 11 Ogos lalu membabitkan 200 penduduk dan hari ini (semalam),” katanya.
Beliau berkata, penduduk yang mengalami penyakit biasa akan diberikan rawatan dan ubat sementara rawatan lanjut diberi kepada mereka yang memerlukan termasuk rujuk ke hospital.
RANAU, Sabah – Jika ada yang bercerita mengenai kawasan rekreasi air panas, mungkin ia perkara biasa tetapi tidak di Poring, di mana air panasnya dipercayai mungkin boleh memulihkan penyakit kulit .
Menurut penduduk setempat, Salabiah Mahmood, 45, yang telah berniaga empat tahun di hadapan kawasan Poring Hot Spring (PHS) berkata air panas itu mengandungi asid sulfurik, yang boleh menyembuhkan penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal.
“Nak percaya atau tidak terpulanglah kepada individu itu sendiri kalau tak nak niat mengubati penyakit, niat sahajalah untuk beriadah pun bagus jua bah,” katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau berkata, mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah celcius mampu membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin dalam badan.
“Mandi air panas juga dipercayai dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah selain menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.
Beliau menyarankan waktu yang sesuai untuk berendam ialah antara 10 hingga 25 minit.
Perkataan Poring berasal daripada bahasa masyarakat Kadazandusun yang diberikan bagi sejenis spesies pokok buluh yang tumbuh di kawasan itu.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke PHS mengambil masa kira-kira dua jam kerana jalannya yang bengkang-bengkok dan mencabar.
Namun, yang pasti, tidak akan ada perasaan bosan kerana di sepanjang perjalanan terbentang luas pemandangan indah Gunung Kinabalu.
PHS terletak kira-kira 40 km dari Taman Negara Kinabalu dan kira-kira 13 kilometer (km) dari Ranau dan terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Poring Hot Spring, yang terletak dalam Taman Kinabalu, diwartakan sebagai Taman Negara pada 1964. Manakala diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada Disember 2000 dan menjadi satu daripada tarikan pelancongan negara.
Di Poring, para pelancong berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.
Apabila berada di atas laluan kanopi pula pengunjung dapat menghayati pemandangan Hutan Borneo dan jika bernasib baik berpeluang melihat hidupan liar yang berhabitat di sekitar kawasan itu.
Terdapat tempat menarik lain yang berdekatan dengan PHS antaranya Air Terjun Kipungit dan Langganan, Gua Kelawar, Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid. – Bernama
Ubat penyakit kulit berasaskan BAHAN SEMULAJADI…klik di bawah:
Adakah anda mempunyai penyakit kulit ? Antara kaedah ikhtiar yang boleh dicuba ialah dengan kedah mandi. Maklumat ini adalah bersumberkan internet. Ini sebagai asas, anda boleh membuat carian lebih details untuk bahan-bahan mandian dibawah untuk memastikan kesasihannya:
1. Mandi dengan air daun bidara 7 helai setiap hari (diramas dan digosok daunnya).
Daun bidara mengandungi bhn aktif anti kuman. Dlm masa yg sama ia blh merawat toksik dlm darah serta mengandungi anti oksidan yg tinggi .Sifatnya yg anti radang, anti ulcer yg dos dependent membantu rawatan penyakit kulit dgn berkesan.
Image may be NSFW. Clik here to view.
2. Mandi dengan limau purut setiap hari.
Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semula jadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Image may be NSFW. Clik here to view.
3. Mandi dengan larutan sesudu garam atau tawas atau;
Image may be NSFW. Clik here to view.
4. Mandi dengan campuran segenggam tanah
Image may be NSFW. Clik here to view.
5. Mandi dengan daun gelenggang (diramas dan digosok daunnya)(perubatan tradisional melayu). Daun in terutamanya sesuai untuk masalah kulit panau, kurap atau kudis buta
Image may be NSFW. Clik here to view.
Ubat penyakit kulit berasaskan BAHAN SEMULAJADI…klik di bawah: